Saturday 23 March 2013

keselamatan perbankan internet

Assalamualaikum..

hi dears,

waaa.. lama tak singgah sini.. blog pun dah penuh dengan sesawang.. wuuuu.
abaikan. okay, today saya nak share something yang sangat menarik. ape..? ape? ape?
hahaha, now, let’s check it out!
 
KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET
Perbankan Internet menawarkan cara yang lebih mudah dan cepat untuk membuat urusniaga perbankan anda. Sekiranya anda mempunyai komputer dengan akses Internet, pelayar Internet dan telah mendaftar untuk kemudahan perbankan Internet dengan institusi perbankan anda, anda boleh menjalankan perbankan Internet dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Apa yang boleh anda lakukan dalam Perbankan Internet ?
  • Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian
  • Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman
  • Membuat pelaburan deposit tetap
  • Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
  • Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
  • Membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap
  • Memohon buku cek dan penyata akaun
  • Menyemak status cek
  • Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
  • Memohon draf bank dan pemindahan telegraf
Mungkin anda pernah dengar perbankan internet ini tidak selamat dan membahayakan. Sebenarnya sebelum bank melaksanakan kemudahan perkhidmatan perbankan internet, pihak bank telah pun mengkaji dan membuat polisi tertentu bagi melindungi wang anda.
Semua perbankan internet dibelakangi oleh mereka yang sangat pakar dalam keselamatan internet. Jika ia berjaya digodam sekalipun wang anda tetap akan dilindungi. Wang anda akan dikembalikan jika ia kesilapan di pihak bank. Walaubagaimanapun wang anda tidak akan dilindungi jika anda silap.
Dimana anda terperangkap emel phising, SMS Alert, website palsu dan mangsa kejuruteraan sosial. Disini anda perlu berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet.



TIPS KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET

1. Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam.

Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.
2. Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber
Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.
3. Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email
Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu dan dikenali sebagai ¡°phising¡± atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.
4. Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda
Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes akaun perbankan anda.
5. Jangan Dedahkan Username & Password Anda
Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.
6. Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak
Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya.
7. Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian
Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.
8. Log Out Selepas Guna
Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan cookies atau browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda.

Begitulah serba sedikit tips perbankan internet yang boleh anda ketahui untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.
okay, that's all for today...

bye
lots of love
yanazack

No comments:

Post a Comment