Tuesday 11 December 2012

PUTERA RAYYAN



ASSALAMUALAIKUM...


waaaaa...sedih3 da xboleh tengok da slot samarinda PUTERA RAYYAN..best la citer tu..lain dari yang lain..like sangat watak RAYYAN (KAMAL ADLI) btw jom baca sinopsis citer ni..

                                     


Sinopsis Drama Putera Rayyan
Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa(Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu.

Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status.

Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa.

Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin.

Arisa dan Putera Rayyan berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.

Arisa sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa.

Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya. Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.

Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang, dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali.
Jangan lupa Selasa-Rabu 10.30pm Khamis 9.30pm..
  
                 

ByeBye

lots of love..
yanazack



9 DECEMBER 2012 (i)

assalamualaikum dan selamat pagi sume..

pagi yang indah..!! not mean i baru bangun okey..
today nak citer about yesterday..ngeee3..*start broken english dahh
ok2 citer adalah about my friends n me..alkisahnye..

sunday 9/12/2012@10pm
trip to kuantan..naek bus setelah sekian tahun xnaek bus. lame..xlena tido beb atas bus..ngan sejuknye tp nsib baik ad selimut. tengok member kiri kanan syok je tido..aiiseehh..

@4.40am
waaaaaa...da sampai kuantan la..!! awal giler..siap blh bt our final report ag.. last touch up la katakan..last touch up ke last minutes?? korang fikir la sendiri..muahahaa..

@7.30am
naek taxi to polisas n sampai kamsis..walaupun kitaorang xdpt kamsis tp mengharamkan jugak diri duduk sini..nasib baik student sem 5 je yang daftar ari ni..so mmg byk la bilik kosong..hehe
tetiba otak terfikir,,sampai bila la nk duk camni..kot2 la felo taw..mmg terbaek la..ok keputusan dibuat..jom check in hotel..waa..hotel..tetiba my friend check result kamsis die dapat..hohohoo..walaupun my friend yg dapat i sgt2 happy n bersyukur sbb nanti blh la tumpang bilik die..hihihi
ok sampai sini dulu..

to be continue.....
thanks for reading!

lots of love from 

yanazack


Thursday 6 December 2012

Last day~SUKA OR DUKA?



Assalamualaikum sume!!

*warnawarni gtu..riangria raya di pagi raya


Arap2 sihat2 la hendaknya ye..*skema gler ayat. Ok, today is a last day mcna practical sini? mne? Tekee..tekee..ahakkss…actually mcna praktikal kat Telekom Malaysia Kota Bharu (TM)..

K2 berbalik to our story..suka or duka??
suka? Opkos la sbb akhirnya xyah lg bngun pg2 nk g keje tanpa gaji ni..muahahaha..tp ikhlas la taw! Reason lain lg..ntah la mmg happy sgt la for my last day here..

Duka? Sedih la jgk nk tggalkan tmpat ni..ye la, around 5month lebih jgk la duk sini kan..ari2 duk sini ari2 tgk muka staff2 sini..

Last day ni jgk..jap tadi la,,manager treat aku n beberapa orang staff lunch..seriously die mmg baikbaikbaik sgt..ok ni nk citer pasal lunch td plk..kat restoran nur sutera..org kotabharu msti knl pnye..lau xknl jgn duk ngaku org KB okay!

Berbalikbalik pada citer lunch td..td manager tu blanje ad la 3 4 jenis lauk,termasuk ayam kampong goreng..AYAM KAMPUNG..ayam kampong kau..aisshehh,,aku mmg xmakan la ayam kg nit p demi menjaga hati org yg belanja aku ni aku gagahkan jgk gigigigiku untuk kunyah ayam kampung goreng tu..tahan tekak untuk telan..ehh..ok je ayam kampung ni..xde la teruk sgt kan..rasenye macam ayam Bandar jgk..ngeeeee3~sengal betol la aku ni..

Suka tu suka jugak tapi yang duk kat rumahnye 2days je..yela, today last, 6/12..esk,lusa,tulat da kene g Kuantan..KUANTAN..ni pom satu hal jgk..ada suka dan dukanya..why? tepuk dada Tanya selera..haha..xde la gurau je..suka tu sbb perasaan rindu kat kuantan tu ada..duka tu,opkos la..wajib ok..!  sedih la xleh duk umah da..tinggal mak,adik,atuk,nenek,sedaramara,sepupu,kucing,kambing dan sewaktu dengannya..yg xsebut tu jgn kecik ati ye..harharhar..and most important jgk,,xleh gaduh2 ngan my little princess..xleh makan banyak2 da..makan itu penting okay!

Okay2 sampai sini dulu..nk sambung buat my final report yang menyakitkan otak ni..thanks and happy reading dears….bye!

(sorry for the broken english..tapi I like..ahaakkss)

amaran keras : jangan buat report last minutes okay!



yanazack

Monday 26 November 2012

Harap Maaf, Permohonan anda bagi Kemasukan Asrama Sesi Disember 2012 TIDAK BERJAYA.



Assalamualaikum dan salam sayang semua...
Ni nak citer & luah skit ni..baca ye baca...
16 nov ari tu kemain ag mcna bangun pagipagi buta ag, on lappy, connect bb tunggu punye tunggu punye tunggu...tunggu pe? Semangat nak check result kamsis untuk sem depan..(kamsis tu hostel ye anakanak)..
Ok,back to the story...
Mcna check kul 9am xleh..
Check kul 12pm xleh..
Check kul 3pm pun xleh..semangat beb..!!

last skali tidoo...haha..tido punye tdo...member  message..

member : na, ko da check result?

Tibatiba semangat datang balik..

Mcna : da blh check ke? ko dapat x?
Member : da la.. xdapat wehh....
Mcna : jap aku plk check..
Check..check...check...

Harap Maaf, Permohonan anda bagi Kemasukan Asrama Sesi Disember 2012
TIDAK BERJAYA.

Yes!! Ni la jawapan yg aku saya dpt tiaptiap sem..  terbaik la kan..
Maka bermula la plk sesi surat rayu merayu pujuk memujuk..
Karang punye karang siap la surat tu n Alhamdulillah da antar by last week..:)
Tapi sblum ni pom xpernah dapat jgk..hekhek..name kene blacklist kot??
Ape pom doakan saya n kawankawan dapat stay kamsis lagi sem ni n nextnext sem yea?

Okay,,adiooss!!


Trimas kerana sudi menghabiskan masa untuk baca entry saya yg agak mengarut tp benar ni..:)

annasays!! mmuuuaaaahhh!!

Thursday 22 November 2012

Read this! Important Info! : SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.





by : annadelunaa.blogspot.com
with : mr google & mr facebook

Thursday 15 November 2012

Santai..

Jum3 kita baca & hayati...

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.
...

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipat gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
 
 
 
annadelunaa.blogspot.com & mr.google & mr.facebook

Tuesday 30 October 2012

Keputusan Anugerah Bola Sepak Malaysia 2012



assalamualaikum dan salam bolasepak semua..hukhukhuk

Ptg ni cik anna nk share keputusan penuh anugerah bola sepak Malaysia 2012 pada tengahhari td..nampaknye ramai penyokong TRW yg kurang berpuas hati dengan result ni..jom kite tgk dlu pastu sambung  citer balik..

DIUMUMKANNNN.....
  1. PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
  3.  PEMAIN TENGAH TERBAIK: Safiq Rahim (Selangor)
  4.  PENYERANG TERBAIK: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  5.  PEMAIN HARAPAN: Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
  6.  PEMAIN PALING BERNILAI: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  7.  PEMAIN ASING TERBAIK: Marlon Alex James (ATM)
  8.  JURULATIH TERBAIK : B. Sathianathan (ATM)
  9.  PERSATUAN TERBAIK : KAFA
  10. KELAB TERBAIK : Sime Darby
  11. KELAB PENYOKONG TERBAIK : ATM 
  12. PENGADIL TERBAIK : Nafeez Wahab(ATM)

    Mane nk puas aty nye,,pemain tengah terbaik dpat kat safiq rahim yang patutnye dapat ka piya..tgk time semi final,,ape yg safiq bt berbanding ngan piya?piya msuk2 je die dh sumbat 1 gol..da la captain
    pasukan treble tu..
    ni cik anna jumpa kat mr.google..


    Jurulatih terbaik plk..hampeh..jurulatih yang mengemudi pasukan treble, yg sapu semua piala taon ni xde plk menang sebaliknya yg dpt 1 piala yg menang..aduiiiyaa..kelab penyokong terbaik..biar betul??penyokong TRW lagikan tempat org pun penuh stadium inikan plk tempat sendiri..penyokong atm time last2 nk msuk semifinal je ramainye,lau sebelum ni ciput je..lagipun yg ramai tu atm sendiri yang taja kan..siap naek truck lagi.sampai kan ari tu ad sorang penyokong ni cakap..'saya anak kelantan tp saya sokong atm..'..(die ni tentera) ishh,,lau die cakap saya sokong TRW cik anna rase,haa..balik jalan kaki la kau..kan2..


    PERINGATAN!!
    Ini hanyalah pendapat2 peribadi+pendapat daripada penyokong2 The Red Warrior sahaja..sekali lagi..PENDAPAT PERIBADI okay. nanti jangan ada yang pandai2 marah cik anna plk ye.


    by   : annadelunaa.blogspot.com
    with : mr.google
             mr.blog

"Abang tunggu mak di syurga, ya?"


assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca2 blog..:)



ari ni cik anna nk share satu kisah benar..actually ni last year punye kisah terjumpa kat MR.Google, tp xpe la kan..sharing is caring right? jatuh jgk la air mata cik anna kau ni baca kisah ni..mne x nye..sedih kot. haa.,, now turn korang plk...sila2.....jap2, memang la kisah ni panjang skit, tapi baca la sampai abis ye..



Hargai dan sayangi orang-orang disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa. 
Kisah Benar......Sebak hati membacanya... 
.............................................................................. 
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.


Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

 
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biar pun abang sudah tiada lagi di dunia



Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis?".

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

--------------------------------------
 Ya, aku mengaku aku tidak dapat menahan tangis selepas membaca kisah ini.Ya Rahman, tempatkanlah roh kanak-kanak ini di antara hamba-hambaMu yang soleh. Semoga keluarga anak kecil ini terus tabah menjalani hari-hari tanpa kekasih hatinya itu. 

fakta@auta
Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D 
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica

by     :  annadelunaa
with :  Mr.Google