لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Pernah hati ini dilukai..sekali..kedua kali..mungkin ketiga kalinya..bila diingat kembali terasa amat sukar untuk memaafkan,apatah lagi melupakan tapi kerana lembutnya hati seorang wanita, aku tetap memaafkan walaupun hati ini parah dilukai..tetap takkan membenci walau jiwa disakiti..memujuk hati,setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Aku harap sejarah yang berlaku tetap berlalu bersama angin kelukaan yang menghempas hati ini dan berharap cukuplah kelukaan ini..pergilah dari hidupku selama-lamanya..terkadang kita terpaksa menerima hakikat bahawa buat baik tidak semestinya dibalas baik..tapi itu juga tidak bemakna kita perlu berhenti berbuat baik..mungkin dengan kelukaan ini Dia ingin mematangkan jiwa dan hati kita..
Jiwa pula memujuk hati yang rawan..
"Tidak mengapa wahai hati,terima saja dengan hati yang terbuka..teruskan dengan langkah yang lebih besar kerana Dia tahu niat dan tindak-tanduk kita..yakin padaNya kerana Dia yang menetukan hidup kita bukan manusia."
![]() |
| annadelunaa.blogspot,com |
Mungkin bila hati menangis baru kita tahu perasaan insan lain yang pernah terluka..
Mungkin bila hati terluka baru kita tahu hidup bukan selalu indah..
Mungkin bila hati terluka kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang..
Mungkin bila hati terluka kita kan menjadi insan yang lebih menghargai insan lain..
Mungkin bila hati terluka kita mula tahu bahawa bukan semua orang dapat membahagiakan kita..
Tetapi jika kita berusaha membahagiakan dan menghargai insan lain, kebahagiaan tetap akan menjadi milik kita suatu hari nanti..insyaallah..Terima kasih kepada hati kerana engkau lebih mengeti tentang kehidupan ini..diri ini tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu tersenyum..
Tanpa kekecewaan hidup ini tiada indahnya..tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya..andai hari ini hati disakiti mungkin hari esok kebahagiaan menanti..
Selamat malam dunia,semoga hari esok ada sinar kebahagiaan untukku...
.jpg)

No comments:
Post a Comment